NOTE: To use the advanced features of this site you need javascript turned on.

PENGURUSAN -> Pusat Islam -> Pengenalan
Pengenalan Pusat Islam PDF Print E-mail
Ditulis oleh Hosni Mubarak bin Mohamad Deris   
Rabu, 15 Oktober 2008 10:38

[Pengenalan] [Organisasi] [Aktiviti]

 



Masjid Politeknik Johor Bahru adalah nadi penggerak bagi para pelajar Islam menjalankan aktiviti-aktiviti kerohanian Islam dan terletak di bawah pentadbiran Politeknik Johor Bahru.

Masjid PJB dapat menampung jemaah seramai 3000 orang pada satu-satu masa dan turut digunakan untuk solat Jumaat bagi penduduk sekitar Politeknik Johor Bahru dalam berperanan menyatukan ummah disamping mengeratkan hubungan tali silatulrahim , membiasakan pelajar melibatkan diri dalam anggota masyarakat dan tolong menolong dalam melakukan kerja-kerja amal dan kebajikan.

Ahli Jawatankuasa Masjid ditubuhkan atas inisiatif Encik Faizal, pensyarah dari Jabatan Hospitaliti dan Fesyen. Pada mulanya ,ia adalah terbentuk dari kumpulan usrah pelajar yang dibentuk Encik Faizal.Ahli Jawatankuasa yang dibentuk ini adalah merupakan satu kumpulan pelajar Sesi 1999. Sekarang ,ahli-ahli jawatankuasa Masjid yang dilantik adalah di kalangan staf-staf Politeknik dan penduduk setempat melalui proses pemilihan mesyuarat agong sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Antara program yang dijalankan oleh ahli jawatankuasa pelajar adalah berdasarkan takwin aktiviti Politeknik Johor Bahru dan Masjid seperti tilawah al-Quran,Ceramah Perdana, Forum Perdana, Qiyamullai, program sambutan perayaan-perayaan Islam dan lain-lain.

Program-program yang dijalankan ini diteruskan dari masa ke semasa. Cuma tarikh perlaksanaannya berubah dari masa ke semasa.

Kemaskini ( Jumaat, 07 Ogos 2009 11:03 )
 

Penafian : Politeknik Johor Bahru(PJB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang di alami kerana menggunakan maklumat dari laman web ini. © 2010 PJB/JPP/KPTM. Hubungi kami. Politeknik Johor Bahru, KM 10, Jln Kong Kong, 81700 Pasir Gudang, Johor Darul Takzim, MALAYSIA. Tel: +607-2612488 Fax: +607-2612402 Email: webmaster@polijb.edu.my.