|
Perkhidmatan Unit Pembangunan dan Senggaraan |
|
|
|
|
[Pengenalan] [Carta organisasi] [Perkhidmatan] [Standard Penyenggaraan]
Muat Turun Borang Laporan Kerosakan Peralatan (LKP)
Muat Turun Borang Permohonan Penyenggaraan Infrastruktur (PPI)
| 1. Senarai Tugas Penyelaras Perolehan Unit |
| · Menyediakan senarai keperluan barang-barang bagi penyenggaraan harian, peralatan dan barangan am seperti alat tulis, kelengkapan pejabat dan sebagainya. |
| · Membuat sebutharga bagi barangan. (Semak item Kontrak Pusat seperti cat dan sebagainya). |
| · Membuat pesanan barang yang terdapat di Setor Pusat menggunakan borang pesanan. |
| · Mencatat butir-butir pesanan ke dalam rekod. |
| · Menentukan mutu dan kualiti barang yang diterima. (Semak dengan pesanan barangan). |
| · Mencatit butir-butir barang yang diterima ke dalam rekod. |
| · Menyimpan dan menyusun barang yang diterima menggunakan ruang simpanan dengan cara yang baik. Susun barang-barang mengikut pengkelasannya. |
| · Mencatit butir-butir barang yang dikeluarkan dalam buku rekod. |
| · Mengadakan semakan stok dari masa ke semasa. |
| 2. Senarai Tugas Setiausaha Unit |
| · Merekod setiap surat, memo dan aduan kerosakan yang diterima setiap hari. |
| · Mencatit minit mesyuarat Unit. |
| · Mewakili Unit bagi penyediaan Laporan Tahunan PJB, Info PJB dan sebagainya. |
| · Menyedia dan mengemaskini Carta Organisasi Unit. |
| · Menyemak dan memastikan Borang Aduan serta Senarai Semakan Kebersihan Tandas mencukupi. |
| · Menyediakan laporan kerja penyenggaraan yang dilaksanakan setiap bulan mengikut format. |
| 3. Senarai Tugas Penyelaras Kebersihan & Keceriaan Unit |
| · Memastikan kebersihan pejabat, ruang kerja, setor, tandas dan sekitarnya sentiasa memuaskan. |
| · Memastikan maklumat di papan kenyataan Unit sentiasa dikemaskini. |
| 4. Senarai Tugas Penyelaras Harta Modal & Inventori |
| · Membuat Daftar Harta Modal yang diterima dalam KAD KEW 312, 312A. Harta Modal ialah barang-barang terluak yang bernilai RM500 atau lebih setiap satu pada masa perolehan. Barang-barang ini tidak termasuk perabot, permaidani, langsir dan seumpamanya yang diperolehi tanpa mengira kos. |
| · Membuat Inventori menggunakan KAD KEW 313.Inventori adalah barang-barang tak luak yang bernilai kurang dari RM500 setiap satu pada masa-masa perolehan. Walau bagaimanapun barang-barang seperti perabot, permaidani dan langsir serta pinggan mangkuk adalah termasuk di dalam kategori inventori tanpa mengira kos. |
| · Membuat Daftar Sok Bekalan Pejabat menggunakan KEW 314 (dalam bentuk BUKU). Bekalan pejabat ialah semua barang luak dan termasuk alat tulis serta kelengkapan pejabat secara satu persatu. |
| · Membuat Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori menggunakan KEW 315 (dalam bentuk BUKU). Daftar pergerakan Harta Modal dan Inventori bertujuan untuk merekodkan pergerakan sebarang harta modal atau inventori. pergerakan yang dimaksudkan adalah pindahan melalui pinjaman atau penempatan sementara. |
| 5. Senarai Tugas Penyelaras Senggaraan & Keselamatan Unit |
| · Memastikan bangunan dalam keadaan baik dan selamat digunakan. |
| · Memastikan Bilik Suis Elektrik di bangunan PJB sentiasa selamat. Pintu berkunci, boleh dibuka dan dikunci. tidak digunakan sebagai setor barangan, terutamanya bahan mudah terbakar. |
| · Memastikan Bilik Pam bagi Sistem Pencegah Kebakaran di bangunan PJB sentiasa selamat. Pintu dikunci, boleh dibuka dan dikunci serta tidak digunakan sebagai setor barangan, terutamanya bahan mudah terbakar. Peralatan yang dibekalkan sentiasa mencukupi dan berfungsi dengan sempurna. |
| · Memastikan Bilik AHU bagi hawa dingin sentiasa selamat. Pintu berkunci,boleh dibuka dan dikunci serta tidak digunakan sebagai setor barangan, terutamanya bahan mudah terbakar. |
| · Memastikan injap penutup, chamber dan penutup bagi paip air SAJ berkenaan baik dan berfungsi. |
|