NOTE: To use the advanced features of this site you need javascript turned on.

AKADEMIK -> Jabatan Kejuruteraan Elektrik -> Pengenalan
Pengenalan Jabatan Kejuruteraan Elektrik PDF Print E-mail
Ditulis oleh Salhasmidah Suleiman   

[Pengenalan] [Struktur Organisasi] [Struktur Kursus] [Fasiliti]


Jabatan Kejuruteraan Elektrik merupakan sebuah jabatan yang menawarkan peluang kepada pelajar untuk menerokai bidang kejuruteraan elektrik, elektronik dan kawalan. Matlamat jabatan ini adalah untuk menghasilkan graduan-graduan berkualiti dan berketrampilan bagi memenuhi keperluan teknologi terkini dan menjana perkembangan industri negara.
 
 
Program-program yang ditawarkan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik adalah:
1) Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) - DEP
2) Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) - DJK
 
Kursus -kursus dan Tempoh Pengajian
 KURSUS
TEMPOH 
 Diploma Kejuruteraan Elektronik ( Komunikasi )
3 Tahun (6 sem) 
 Diploma Kejuruteraan Elektronik ( Kawalan )
3 Tahun (6 sem) 
 
Kurikulum
  • Jabatan Kejuruteraan Elektrik menggunakan kurikulum yang sama seperti semua Politeknik dalam Malaysia. Kurikulum disediakan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum, Bahagian Pengajian Tinggi Malaysia. Kurikulum telah digubal mengikut kursus dan jam kredit.
  • Kursus terdiri daripada kursus umum, kursus teras dan kursus elektif mengikut bidang Elektronik dan Elektronik (Kawalan).
  • Kurikulum Politeknik Malaysia telah ditauliah oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan sentiasa dikaji semula dari semasa ke semasa sejajar dengan perkembangan teknologi.
 
Tempoh Pengajian
  • Kursus Diploma : 6 Semester (3 tahun)
 
Sistem Pengajian
  • Sesi Jun ( Semester Panjang )
  • Sesi Mei ( Semester Pendek )
  • Sesi Januari ( Semester Panjang )
 
Penilaian
  • Kuiz 
  • Tugasan
  • Ujian
  • Amali
  • Latihan Industri
  • Peperiksaan Akhir
 
Blok Bangunan Jabatan :

 Blok 8A : Blok utama yang menempatkan pejabat akademik, makmal elektronik dan komputer, bilik seminar, dewan kuliah dan bilik-bilik kuliah
 Blok 8B : Blok bangunan bagi menjalankan amali pendawaian dan modul projek elektrik dan elektronik.
 Blok 8C : Khusus untuk penggunaan Makmal Pengalatan dan Kawalan (Intrumentation and Control)
 
 Hubungi Kami:
Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE)
Tingkat satu (1), Blok 8A,
Politeknik Johor Bahru,
KM 10, Jalan Kong Kong,
81700 pasir Gudang,
Johor.
Tel : 07 261 2814 ( Ketua Jabatan)
       07- 2612854 / 2803 ( pejabat )
 
 
 
 
Kemaskini ( Isnin, 12 Julai 2010 11:55 )
 

Penafian : Politeknik Johor Bahru(PJB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang di alami kerana menggunakan maklumat dari laman web ini. © 2010 PJB/JPP/KPTM. Hubungi kami. Politeknik Johor Bahru, KM 10, Jln Kong Kong, 81700 Pasir Gudang, Johor Darul Takzim, MALAYSIA. Tel: +607-2612488 Fax: +607-2612402 Email: webmaster@polijb.edu.my.