| Struktur Program Jabatan Kejuruteraan Elektrik |
|
|
|
| Ditulis oleh Salhasmidah Suleiman |
|
[Pengenalan] [Struktur Organisasi] [Struktur Program] [Fasiliti] Jabatan Kejuruteraan Elektrik menawarkan 2 program peringkat diploma bermula sesi Jun 2010 iaitu:
a) Diploma Kejuruteraan Elektronik
b) Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)
Permohonan kemasukan ke program pengajian Politeknik KPT Sesi Jun 2010 boleh mengakses
e-Borang dengan melayari laman web http://www.politeknik.edu.my bagi pemohon kategori berikut:
a. Lulusan SPM dan setaraf b. Lulusan Sijil Politeknik KPT c. Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT d. Lulusan Diploma Politeknik KPT e. Lulusan Kolej Matrikulasi KPM Jurusan Sains
KELAYAKAN MASUK LULUSAN SPM DAN SETARAF
1. Warganegara Malaysia
2. Lulus SPM serta memenuhi syarat minimum berikut:
a. Lulus Bahasa Melayu
b. Lulus Bahasa Inggeris
c. Mendapat TIGA (3) Kepujian berikut:
- Matematik / Matematik Tambahan /
- SATU (1) matapelajaran kumpulan Sains / Teknologi / Vokasional
- SATU (1) matapelajaran lain
KELAYAKAN MASUK LULUSAN SIJIL POLITEKNIK KPT
1. Warganegara Malaysia
2. Lulus SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA yang berkaitan
dengan program yang dipohon serta memenuhi syarat minimum berikut:
- Memperolehi HImpunan Purata Nilaian Mata (HPNM) 2.50 atau lebih pada semester akhir
ATAU
- Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya tiga (3) tahun jika HPNM kurang
daripada 2.50
KELAYAKAN MASUK LULUSAN SIJIL KOLEJ KOMUNITI KPT
1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SIJIL KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA yang
berkaitan dengan program yang dipohon serta memenuhi:
Himpunan Purata Nilaian Mata (HPNM) 2.9 atau lebih pada semester akhir DAN
mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya SATU (1) tahun selepas tamat
pengajian.
ATAU
HPNM kurang dari 2.90 pada semester akhir DAN mempunyai pengalaman kerja
sekurang-kurangnya DUA(2) tahun selepas tamat pengajian
KELAYAKAN MASUK LULUSAN DIPLOMA POLITEKNIK KPT
1. Memiliki Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang berkaitan
dengan program yang dipohon serta memperolehi Himpunan Purata Nilaian Mata (HPNM)
2.75 atau lebih pada semester akhir.
KELAYAKAN MASUK LULUSAN MATRIKULASI KPM
1. Lulusan program Matrikulasi Jurusan Sains serta memperolehi PNGK 2.00 dan ke atas.
KELAYAKAN MASUK LULUSAN LUAR NEGARA SETARA SPM
1. Kelayakan masuk bagi lulusan Sijil Luar Negara setara SPM merujuk kepada kelayakan
masuk ke program Diploma untuk lulusan SPM
2. Pemohon mesti lulus Bahasa Melayu peringkat SPM sebelum atau semasa pengajian
di Politeknik KPT untuk layak dianugerahkan diploma.
|
| Kemaskini ( Isnin, 12 Julai 2010 11:56 ) |


