NOTE: To use the advanced features of this site you need javascript turned on.

AKADEMIK -> Jabatan Kejuruteraan Elektrik -> Fasiliti
Fasiliti Jabatan Kejuruteraan Elektrik PDF Print E-mail
Ditulis oleh Salhasmidah Suleiman   

[Pengenalan] [Struktur Organisasi] [Struktur Kursus] [Fasiliti]



Makmal komputer (Computer Lab)

Digunakan untuk kerja-kerja praktikal bagi matapelajaran penggunaan komputer, lukisan kejuruteraan dan pengaturcaraan komputer. terdapat tiga makmal komputer yang dilengkapi dengan sokongan sistem rangkaian pada pelayan yang berjenama HP dan Fujitsu.

Makmal Perhubungan Data (Data Comunication Lab)

Digunakan untuk memperkenalkan bentuk maklumat, sistem maklumat dan jenis pengurusan maklumat yang dapat dilakukan. Makmal ini juga dilengkapi dengan rangkaian komunikasi beserta Internet untuk membentuk sistem maklumat global. Terdapat empat jenis sistem engoperisian bagi menyokong sistem rangkaian yang ada iaitu Windows NT, Windows 98, UNIX dan Novell Netware.

Makmal Elektronik Berdigit (Digital Elektronik Lab)

Menyediakan peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran konsep-konsep dan praktikal. Peralatan yang disediakan termsuk kit logik berdigit, peralatan pengukuran, pengesanan dan peralatan litar bersepadu seperti TTL dan CMOS.

Makmal Elektronik Kuasa (Power Electronic Lab)

Menyediakan latihan mengenai litar-litar yang biasa digunakan dalam perindustrian elektronik. Makmal ini penekanan asas kepada litar kuasa, kendalian dan kegunaan komponen elektronik perindustrian.

Makmal Pengukuran (Intrumentation Lab)

Makmal ini menyediakan latihan untuk kerja praktikal bagi penggunaan jangka dan ukuran elektrik serta elektronik yang digunakan di dalam industri sebenar.


Makmal pengalatan & Kawalan (Intrumentation & Control Lab)

Makmal ini digunakan untuk kerja-kerja praktikal dalam simulasi sistem kawalan. Makmal ini juga mengadaptasi teknik pengaturcaraan pengalatan automasi dan robotik dipraktikkan mengikut industri sebenar.

Makmal Telekomunikasi (Telecommunication Lab)

Makmal ini menyediakan latihan mengikut litar-litar yang biasa digunakan dalam bidang telekomunikasi.

Bengkel Pemasangan Elektrik (Electric Wiring Workshop)

Makmal ini menyediakan kemudahan latihan untuk kerja praktikal pemasangan litar elektrik bagi pendawaian domestik dan industri mengikut piawaian British (BS).

Makmal Pengautomatan & Sistem Kawalan (Automation & Control System Lab)

Makmal ini digunakan untuk mendedahkan pelajar kepada sistem automatik industri dan robotik. Pengaturcaraan sistem robotik, PLC dan kaedah mengawal proses pengautomatan.

Makmal Baikpulih Elektronik (Electronic Troubleshooting Lab)

Makmal ini digunakan untuk melatih pelajar membaikpulih peralatan audio-video dengan menggunakan simulasi komputer.

Dewan Kuliah (Lecture Hall)

Dewan ini digunakan bagi proses pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar ramai.

Bilik Seminar (Conference Room)

Bilik ini menyediakan ruang bagi proses mesyuarat, pembentangan projek pelajar dan bilik persidangan bagi kemudahan staf dan pelajar.


 

Kemaskini ( Isnin, 12 Julai 2010 11:54 )
 

Penafian : Politeknik Johor Bahru(PJB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang di alami kerana menggunakan maklumat dari laman web ini. © 2010 PJB/JPP/KPTM. Hubungi kami. Politeknik Johor Bahru, KM 10, Jln Kong Kong, 81700 Pasir Gudang, Johor Darul Takzim, MALAYSIA. Tel: +607-2612488 Fax: +607-2612402 Email: webmaster@polijb.edu.my.