|
Ditulis oleh Mohd Fauzi bin Mohd Yunus
|
|
Khamis, 01 April 2010 00:00 |
|
[Pengenalan] [Struktur Organisasi] [Struktur Program] [Fasiliti] [Kerjaya] [Galeri]
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal ini adalah salah sebuah jabatan yang bernaung di bawah Politeknik Johor Bahru. Beroperasi dengan diketuai oleh seorang Ketua Jabatan dengan 80 orang pensyarah yang memiliki kepakaran di dalam bidang masing-masing dan dibantu oleh 3 orang staf sokongan. Di sinilah pelajar yang mengikuti kursus di dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal ditempatkan untuk menimba ilmu dan kemahiran.
Visi Jabatan
Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dan latihan dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal serta berazam melahirkan graduan yang berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan falsafah pendidikan kebangsaan.
Misi Jabatan
Menghasilkan tenaga kerja separa profesional yang berkualiti bagi menampung keperluan sektor awam dan swasta di Malaysia.
Objektif Jabatan
1. Menyediakan program pendidikan dan latihan yang komprehensif untuk melahirkan lulusan yang berilmu dan berkemahiran luas dalam bidang yang diceburi serta mempunyai nilai etika dan moral yang tinggi.
2. Memupuk dan mengekalkan perhubungan rapat dengan industri melalui perundingan, lawatan serta program kerjasama.
3. Menyediakan program dan aktiviti yang menyeluruh untuk membina akhlak, perwatakan dan potensi pelajar.
Logo Jabatan

Rekabentuk Logo
- Huruf M berwarna merah simbolik kepada denyutan nadi yang bermaksud kejuruteraan mekanikal akan terus hidup seiring dengan perkembangan teknologi.
- Rekabentuk profil gear berwarna kuning membentuk simbolik kepada pancaran matahari yang bermaksud kejuruteraan mekanikal membantu kemajuan bidang sains dan teknologi.
|
|
Kemaskini ( Isnin, 05 April 2010 16:32 )
|