|
Ditulis oleh Mohd Fauzi bin Mohd Yunus
|
|
Khamis, 01 April 2010 00:00 |
[Pengenalan] [Struktur Organisasi] [Struktur Program] [Fasiliti] [Kerjaya] [Galeri]
Program yang ditawarkan
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal menawarkan program pengajian sepenuh masa di peringkat sijil dan diploma dalam bidang-bidang berikut :
- Sijil Kejuruteraan Mekanikal - Diploma Kejuruteraan Mekatronik - Diploma Kejuruteraan Mekanikal - Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) - Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Bahan)
Turut ditawarkan juga Program Secara Sambilan bagi program Diploma Kejuruteraan Mekanikal yang boleh diikuti oleh individu yang sedang bekerja dan ingin melanjutkan pengajian mereka ke tahap yang lebih tinggi.
Tempoh Pengajian
- Tiga tahun (enam semester) bagi semua program diploma. - Dua tahun (empat semester) bagi semua program sijil.
Latihan Industri
Latihan Industri adalah suatu proses pembelajaran untuk mendapatkan pengalaman bekerja di dalam bidang yang berkaitan di industri. Ia wajib dilaksanakan oleh semua bidang program yang ditawarkan di semua Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Tempoh latihan sepanjang 22 minggu ini mendedahkan pelajar tentang selok-belok alam pekerjaan. Ia dijalankan pada semester ketiga (program sijil) dan semester empat (program diploma).
Sinopsis Program
1. Program Sijil Kejuruteraan Mekanikal
Program ini direka untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengetahuan dan kemahiran praktikal yang komprehensif. Ianya merangkumi pelbagai bidang teknikal yang akan memberi peluang yang luas kepada pelajar yang mengikuti kursus ini. Kursus ini juga dirangka untuk melahirkan pelajar yang bersedia menghadapi cabaran dalam menjadikan negara ini sebagai sebuah negara perindustrian yang maju. Selaras dengan hasrat falsafah pendidikan negara iaitu melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia yang akhirnya akan memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
2. Program Diploma Kejuruteraan Mekatronik
Program ini direka untuk menampung keperluan terhadap tenaga kerja separa mahir yang semakin meningkat dalam bidang ini. Kursus ini merangkumi teori dan amali yang mantap serta latihan industri bagi menyediakan para pelajar menghadapi dunia pekerjaan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sistematik melahirkan para lulusan yang berkebolehan dan kreatif serta mampu menyelesaikan masalah.
3. Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal
Program ini direka untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengetahuan dan kemahiran praktikal yang komprehensif. Ianya merangkumi pelbagai bidang teknikal yang akan memberi peluang yang luas kepada pelajar yang mengikuti program ini. Program ini juga dirangka untuk melahirkan pelajar yang bersedia menghadapi cabaran dalam menjadikan negara ini sebagai sebuah negara perindustrian yang maju. Selaras dengan hasrat falsafah pendidikan negara iaitu melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia yang akhirnya akan memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
4. Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
Program ini direka untuk memberi pendedahan kepada pelajar pelbagai teknik dalam industri pembuatan serta penggunaan mesin terkini dalam pembuatan. Program ini juga memberi asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikal membawa kepada pengkhususan dalam bidang pembuatan. Pelajar-pelajar akan dibekalkan dengan kebolehan merekabentuk, penyelenggaraan, melaksanakan sistem pembuatan yang bersepadu dengan menggabungkan unsur-unsur kemanusiaan, bahan serta peralatan yang dapat membantu menangani sebarang masalah dalam industri.
5. Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Bahan)
|
|
Kemaskini ( Isnin, 05 April 2010 17:16 )
|