| Perutusan Pengarah |
|
|
|
![]() Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .... Pertama-tamanya saya ingin mengucapkan syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-NYA jua laman web ini berjaya dibangunkan. Tahniah dan terima kasih kepada Bahagian Laman Web Unit ICT Politeknik Johor Bahru khasnya kepada webmaster kerana dapat menghasilkan laman web ini. Antara lain tujuan diadakan laman web ini adalah untuk menjadi salah satu input kepada perlaksanaan MS ISO 9001:2000 dan sejajar dengan aspirasi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Saya mengharapkan laman ini dapat menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan Teknologi Informasi Komunikasi (ICT) di Politeknik JB khususnya. Untuk pengetahuan anda PJB mula dirancang di dalam Rancangan Malaysia ke-7 dengan kerjasama Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia. PJB memulakan operasi pada Februari 1998 dengan menumpang di SMT Johor Bahru sementara menunggu kampus tetapnya. Pada Julai 1998, PJB mula beroperasi di tapak sebenar seluas 100 ekar di Mukim Plentong, daerah Johor Bahru, dengan kos projek bernilai RM 155.52 juta. Antara kursus yang ditawarkan di PJB adalah di peringkat Sijil dan Diploma. Kursus peringkat sijil mengambil masa 2 tahun (4 semester) manakala kursus peringkat Diploma selama 3 tahun (6 semester). Setiap pelajar diwajibkan menjalani Latihan Industri pada semester 3 (kursus sijil) dan pada semester 4 (kursus diploma). Tujuan latihan industri ini ialah untuk memberi pendedahan sekitaran kerja sebenar disamping meningkatkan keyakinan diri dan menanam semangat kerja berpasukan. PJB membawa visi menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dan latihan dalam bidang kejuruteraan, rekabentuk dan hospitaliti serta berazam melahirkan graduan yang berketerampilan berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan falsafah pendidikan kebangsaan. PJB juga bermatlamat menyediakan program pendidikan dan latihan yang sempurna untuk melahirkan lulusan yang berilmu dan berkemahiran luas serta mempunyai nilai etika dan moral yang tinggi. Menyediakan program dan aktiviti ko-kurikulum yang menyeluruh untuk membina akhlak, perwatakan dan potensi pelajar serta memupuk dan mengekalkan perhubungan rapat dengan industri melalui perundingan, lawatan serta program kerjasama antara politeknik dan industri. Memberi perkhidmatan cemerlang kepada klien luar dan dalam politeknik dengan memberi layanan yang mesra dan segera sentiasa prihatin terhadap keperluan mereka. Diharapkan anda akan mendapat manfaat dari laman web ini. En. Shabudin bin Man |



