NOTE: To use the advanced features of this site you need javascript turned on.

PENGURUSAN -> Perpustakaan -> Perkhidmatan
Perkhidmatan PDF Print E-mail
Ditulis oleh Mohd Zulkarnain Hassan bin Mohd Zainudin   
Khamis, 02 Julai 2009 13:32

[Pengenalan] [Carta Organisasi] [Perkhidmatan] [Kemudahan] [Koleksi Bahan] [Aktiviti Perpustakaan]


PERKHIDMATAN

Sirkulasi

            Perkhidmatan ini yang mengaplikasikan sistem ‘Polytechnic Management Information System’ ( PMIS-LIS ) menjalankan aktiviti pinjaman, pemulangan, pembahruan dan tempahan bahan. Pelajar boleh membuat pinjaman  sebanyak 2 buah buku selama 2 minggu dan pensyarah serta kakitangan bukan akademik PJB layak untuk meminjam sebanyak 5 buah buku untuk tempoh 1 bulan. Pembahruan  pinjaman  dan  tempahan  sama  ada  melalui telefon atau datang sendiri ke perpustakaan. Pembahruan pinjaman boleh dibuat sekali sahaja dalam tempoh 1 minggu. Bahan-bahan yang boleh dipinjam adalah buku-buku di ruang bacaan umum tanpa tanda yellow spot. Kamus, ensiklopedia, surat khabar, bahan koleksi khas dan bahan terbitan bersiri tidak boleh dibuat pinjaman.

 Terbitan Bersiri

 

            Memberi perkhidmatan maklumat semasa dan terkini dalam bentuk majalah, jurnal, laporan tahunan, brosur, surat khabar dan buletin. Bahan-bahan terbitan bersiri tidak boleh dibuat pinjaman dan hanya untuk tujuan rujukan dalam perpustakaan sahaja.

 

Koleksi Khas

            Menyediakan kemudahan maklumat yang bersifat khusus seperti bahan-bahan audio visual, koleksi soalan peperiksaan , bahan bantu mengajar dan laporan latihan industri pelajar serta beberapa bahan lain yang akan ditentukan dari masa ke semasa. Bahan-bahan koleksi khas hanya untuk tujuan rujukan di perpustakaan  sahaja. Pengguna yang ingin membuat rujukan bahan koleksi khas perlu mengisi borang yang boleh didapati di kaunter perpustakaan.

 

Pangkalan Data MYLIB

            Mylib merupakan sebahagian daripada inisiatif Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ke arah menggalakkan penyebaran maklumat dan pengetahuan kepada semua lapisan masyarakat sejajar dengan hasrat untuk membentuk komuniti berilmu. Mylib adalah pangkalan data yang berfungsi sebagai salah satu ahli konsortium dalam mylib. Perpustakaan PJB diberi keistimewaan mengakses sumber digital secara percuma. Buat masa ini perpustakaan menyediakan satu terminal perkhidmatan Mylib.

 

Bilik Perbincangan

            Penyediaan perkhidmatan ini membolehkan para pengguna mengadakan perbincangan kumpulan dengan tidak mengganggu pengguna yang lain. Bilik ini boleh memuatkan 2 - 8 orang pada satu-satu masa dan perlu mengisi borang yang terdapat di kaunter perpustakaan sekiranya ingin menggunakan perkhidmatan ini.

 

Bilik Karel

             Bilik karel adalah perkhidmatan yang membolehkan pengguna membuat rujukan atau tugasan dalam keadaan selesa tanpa gangguan daripada pengguna lain. Sebuah bilik karel hanya boleh digunakan oleh seorang pengguna sahaja dengan mengisi borang yang boleh didapati di kaunter perpustakaan.

Kemaskini ( Rabu, 30 Jun 2010 15:51 )
 

Penafian : Politeknik Johor Bahru(PJB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang di alami kerana menggunakan maklumat dari laman web ini. © 2010 PJB/JPP/KPTM. Hubungi kami. Politeknik Johor Bahru, KM 10, Jln Kong Kong, 81700 Pasir Gudang, Johor Darul Takzim, MALAYSIA. Tel: +607-2612488 Fax: +607-2612402 Email: webmaster@polijb.edu.my.