|
[Pengenalan] [Fungsi Utama] [Struktur Organisasi] [Direktori Staf]
Unit Hal Ehwal Pelajar diwujudkan untuk menjalankan fungsi politeknik dalam hal berkaitan dengan hal ehwal pelajar. Unit ini bertanggungjawab dalam hal berkaitan dengan pengambilan pelajar, data pelajar, kebajikan dan disiplin pelajar. Selain itu Hal Ehwal Pelajar menjadi tempat tumpuan pelajar sekiranya mengalami masalah kecuali masalah Peperiksaan, Kaunseling, Ko-Kurikulum, Latihan industri, Perpustakaan, Koperasi dan Pengajaran dan Pembelajaran. Merupakan satu unit yang mempunyai fungsi yang luas dan memberikan perkhidmatan sepanjang tahun tanpa mengira cuti semester. Pejabat Hal Ehwal Pelajar akan dibuka selama 5 hari pada Isnin-Jumaat. Pejabat akan ditutup pada cuti umum.
|