NOTE: To use the advanced features of this site you need javascript turned on.

PENGURUSAN -> Unit Kualiti -> Pengenalan
Pengenalan Unit Kualiti PDF Print E-mail
Ditulis oleh Urusetia Kualiti   
Selasa, 04 Ogos 2009 15:10

Politeknik Johor Bahru melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti bagi proses Pemberian Pendidikan dan Latihan di peringkat sijil dan diploma dalam bidang Kejuruteraan, Rekabentuk dan Hospitaliti untuk lulusan SPM atau yang setaraf dengannya bagi memenuhi visi dan misi penubuhan politeknik dan memenuhi kehendak negara yang berasaskan Piawaian MS ISO 9001 : 2008. 

 

 DASAR KUALITI

Dasar Kualiti PJB adalah membangunkan potensi pelajar ke arah kecermelangan di dalam bidang Kejuruteraan, Rekabentuk dan Hospitaliti melalui penambahbaikan yang menyeluruh secara berterusan. PJB komited untuk memastiakn kehendak pelanggan dipenuhi melalui pencapaian objektif-objektif kualiti yang disemak secara berkala bagi memastiakn keberkesanan sistem. Dasar ini disebarkan untuk difahami oleh semua peringkat kakitangan.

 

PIAGAM PELANGGAN PJB

1. Proses pendaftaran pelajar diselesaikan pada hari yang sama pelajar sampai untuk mendaftar.

2. Status tindakan terhadap aduan pelanggan dimaklumkan kepada pengadu dalam masa satu (1) minggu selepas aduan diterima.

3. Keputusan peperiksaan akhir semester diproses dalam masa dua (2) minggu selepas semester pengajian berakhir.

4. Berusaha untuk melaksanakan 100% penyeliaan ke atas semua pelajar yang sedang menjalani Latihan Industri pada satu-satu semester.

 

 OBJEKTIF KUALITI

Kecemerlangan Akademik

1. Berusaha untuk mencapai kadar kelulusan bagi setiap program tidak kurang daripada 90% bagi setiap semester.

2. Berusaha untuk mencapai sekurang-kurangnya:

                   i)  15% pelajar yang lulus untuk setiap program Sijil.

                   ii)  25% pelajar yang lulus untuk setiap program Diploma bagi setiap semester mencapai Purata Nilai Mata (PNM) 3.00 atau lebih.

 

Kecemerlangan Staf

1. Memastikan supaya staf PJB menghadiri kursus / seminar / bengkel sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun. (Bagi staf yang berkhidmat kurang dari 12 bulan, bilangan hari kursus dikira secara proportionate).

2. Memastikan Jadual Perancangan Latihan Staf dilaksanakan sekurang-kurangnya 80% dalam tempoh setahun.

3. Berusaha supaya 80% latihan yang diberikan adalah berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

 

Kecemerlangan Proses

Memastikan semua prosedur mencapai objektif kualiti setiap prosedur.

 

 

Kemaskini ( Isnin, 23 Ogos 2010 08:47 )
 

Penafian : Politeknik Johor Bahru(PJB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang di alami kerana menggunakan maklumat dari laman web ini. © 2010 PJB/JPP/KPTM. Hubungi kami. Politeknik Johor Bahru, KM 10, Jln Kong Kong, 81700 Pasir Gudang, Johor Darul Takzim, MALAYSIA. Tel: +607-2612488 Fax: +607-2612402 Email: webmaster@polijb.edu.my.