NOTE: To use the advanced features of this site you need javascript turned on.

PENGURUSAN -> Unit Khidmat Pengurusan Am -> Perkhidmatan
Perkhidmatan Unit Khidmat Pengurusan Am PDF Print E-mail

[
Pengenalan] [Senarai Staf] [Perkhidmatan] [Borang]

* Untuk perhatian : dalam proses pengemaskinian maklumat baru , harap maklum.

a) Seksyen Pentadbiran Dan Perkhidmatan

Seksyen ini menguruskan hal-hal berkaitan pentadbiran dan perkhidmatan Politeknik. Contohnya dalam hal menguruskan kebersihan kawasan PJB, kenderaan jabatan dan urusan pengendalian pembelian barang gunasama. Urusan perkhidmatan meliputi aspek perlantikan, pengesahan, cuti, kursus, laporan, Stor (penyimpanan stok), penghantaran surat dan fail induk.

b) Seksyen Kewangan

Seksyen ini menguruskan hal-hal berkaitan dengan kewangan. Urusan kewangan meliputi aspek gaji, pinjaman komputer, bayaran (baucer), hasil, rekod kewangan, pinjaman kenderaan, pinjaman perumahan. Unit ini bertanggunjawab dalam melaksanakan segala hasil kerajaan bagi mengelakkan Akaun Belum Terima. Antara hasil yang diperolehi ialah jualan borang politeknik, bayaran yuran pengajian elaun perjalanan, dan sebagainya.

c) Kemudahan-kemudahan

Kemudahan yang terdapat di Pentadbiran antaranya

i) Ruangan tetamu
ii) Bilik Mesyuarat
iii) Bilik Persidangan
 

i) Ruang tetamu

Ruangan ini bertujuan bagi para tetamu atau pelawat yang membuat urusan dengan pihak pentadbiran atau Politeknik Johor Bahru secara amnya. Ruangan ini dimuatkan sudut bacaan akhbar dan pelbagai risalah-risalah yang berkaitan politeknik dan semasa. Ianya juga terdapat prototaip Politeknik Johor Bahru secara keseluruhan.

ii) Bilik Mesyuarat

Bilik ini berdekatan dengan  bilik Timbalan Pengarah. Bilik mesyuarat ini dapat dimuatkan seramai 6 orang dalam satu masa. Ia juga kadang kala dijadi sebagai bilik menunggu bagi tetamu yang akan menemui Pengarah/ Timbalan Pengarah PJB.

iii) Bilik Persidangan

Bilik Persidangan merupakan bilik mesyuarat yang digunakan oleh para Barisan Pengurusan PJB dan AJK di peringkat pusat bagi membicangkan pelbagai perkara atau isu semasa PJB. Ianya boleh menampung seramai 30 orang dalam satu masa.

 

 

Penafian : Politeknik Johor Bahru(PJB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang di alami kerana menggunakan maklumat dari laman web ini. © 2010 PJB/JPP/KPTM. Hubungi kami. Politeknik Johor Bahru, KM 10, Jln Kong Kong, 81700 Pasir Gudang, Johor Darul Takzim, MALAYSIA. Tel: +607-2612488 Fax: +607-2612402 Email: webmaster@polijb.edu.my.