NOTE: To use the advanced features of this site you need javascript turned on.

PENGURUSAN -> Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan -> Program perkembangan Staf
Program Perkembangan Staf PDF Print E-mail

[Pengenalan] [Struktur Organisasi] [Visi dan Misi] [Program Perkembangan Staf] [Time Sector Privatisation (TSP)] [Kursus Secara Sambilan] [Fasiliti]


Matlamatnya adalah untuk memberi peluang kepada staf meningkatkan kompetensi , kemahiran , kepakaran dan pengetahuan mereka. Hal ini juga bersesuaian dengan kehendak Pekeliling Perkhidmatan Bil 6 tahun 2005 di mana setiap kakitangan kerajaan hendaklah menghadiri kursus sekurang-kurangnya 7  hari dalam setahun.  Pelbagai kursus dalaman telah dirancang sepanjang tahun bagi memenuhi tuntutan ini. Untuk Tahun 2010, kami menyesuaikan bilangan dan klasifikasi kursus sejajar dengan perkembangan ekonomi semasa di samping menseimbangkan dengan keperluan Politeknik Premier.

Sebahagian besar kursus yang dilaksanakan adalah memenuhi kehendak Jabatan Akademik dan Unit Sokongan.

Ramai juga staf politeknik ini akan dihantar berkursus ke luar mengikut keperluan dan peluang yang ada. Staf juga dari semasa ke semasa boleh mencadangkan kursus-kursus lain. Walau bagaimanapun kursus yang telah dirancang akan diberi keutamaan.  

Mulai Tahun 2010 ULPL sedang menjayakan satu siri program yang dipanggil Program Peningkatan K.S.A. ( Knowledge, Skill, Attitude ) bagi menggalakkan staf menzahirkan keupayaan dan kecekapan diri di samping membuat persediaan menjalani PTK. Pelbagi tajuk telah disusun dan staf terlibat akan membentangkannya dalam satu sesi pembentangan yang telah diatur sepanjang tahun 2010. 

 Muat turun borang Perjalanan Rasmi (Kursus)

 

Penafian : Politeknik Johor Bahru(PJB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang di alami kerana menggunakan maklumat dari laman web ini. © 2010 PJB/JPP/KPTM. Hubungi kami. Politeknik Johor Bahru, KM 10, Jln Kong Kong, 81700 Pasir Gudang, Johor Darul Takzim, MALAYSIA. Tel: +607-2612488 Fax: +607-2612402 Email: webmaster@polijb.edu.my.