| Pengenalan Unit Perhubungan dan Latihan Industri |
|
|
|
|
[Pengenalan] [Carta Organisasi] [Perkhidmatan] [Borang] Latarbelakang Latihan Industri merupakan sebahagian dari syarat kurikulum politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang mesti di penuhi oleh semua pelajar sebelum mereka dianugerahkan sijil atau diploma. Pelajar dari kursus sijil dan diploma serta pelajar pendidikan khas akan menjalani latihan industri pada semester 3 (Sijil dan Pendidikan Khas) dan semester 4 (Diploma).
Memastikan semua pelajar yang layak berjaya mendapat tempat untuk menjalani latihan industri yang menjadi syarat untuk lulus pengajian di Politeknik Johor Bahru. Unit Perhubungan dan Latihan Industri juga berusaha memastikan hubungan baik di antara PJB dengan syarikat / agensi dapat dikekalkan.
Untuk memberi pendedahan kepada pelajar ke alam pekerjaan sebenar yang berkaitan dengan kursus yang mereka ikuti. Dengan itu mereka dapat meluaskan pengalaman dan memperkukuhkan ilmu yang telah mereka perolehi di Politeknik Johor Bahru. |


