NOTE: To use the advanced features of this site you need javascript turned on.

PENGURUSAN -> Unit Peperiksaan -> Soalan Umum
Soalan Umum PDF Print E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Isnin, 13 Oktober 2008 15:06

 


[Pengenalan] [Carta organisasi] [Staf] [Arahan Peperiksaan]

[Semak Keputusan] [Soalan Peperiksaan Akhir] [Soalan Umum]


Soalan Umum : Penilaian & Peperiksaan    Transkrip     Sijil/Diploma


 

Apakah syarat-syarat untuk menduduki peperiksaan akhir?

Pelajar hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut sebelum layak menduduki sebarang peperiksaan:

  1. Telah mendaftar pengajian dan modul berkenaan.
  2. Telah menghadiri 80% atau lebih kuliah/tutorial/amali bagi jangka masa yang ditetapkan; dan
  3. Pelajar yang sakit dan tidak memenuhi syarat (2) diatas hendaklah mengemukakan Surat Akuan Doktor. Surat Akuan Doktor swasta terhad kepada 2 hari berturut-turut dan tidak melebihi 8 hari se semester.

Rujukan: Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Bab 3 Klausa 9.1 m.s.15      

Bagaimanakah saya boleh mendapat perpindahan kredit?

  1. Pindahan Kredit bagi mana-mana modul tertakluk kepada syarat-syarat dan garis panduan yang diluluskan oleh BPK, JPPKK.
  2. Pelajar boleh memohon kelulusan perpindahan kredit bagi mana-mana modul daripada ketua jabatan masing-masing.
  3. Mata kredit yang diperolehi bagi modul yang berjaya mandapat pindahan kredit tidak akan diambil kira dalam pengiraan HPNM.
  4. Ketua Jabatan Akademik bertanggungjawab untuk menyerahkan maklumat pelajar yang diluluskan Pindahan Kredit kepada Pegawai Peperiksaan.

Rujukan: Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Bab 4 Klausa 17.8 m.s 24 

Saya memperoleh Sijil Kemahiran Mara Tahap 2 (SKM), bolehkah saya memperoleh perpindahan kredit? Apakah tempoh pengajian saya boleh dikurangkan? 

  • Tiada prosedur perpindahan kredit bagi Sijil Kemahiran Mara (SKM) sehingga setakat ini. Walau bagaimanapun, SKM boleh meringankan syarat kemasukan bagi kursus Sijil di Politeknik.

Rujukan : Unit Pengambilan Pelajar, Bahagian Pengurusan Politeknik 

Adakah Sijil atau Diploma Politeknik KPTM diiktiraf Kerajaan?

  • Sijil dan Diploma Politeknik KPTM adalah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. 

Rujukan: Senarai Kelayakan Bidang Teknik Yang Diiktiraf oleh Kerajaan, Jabatan  Perkhidmatan Awam Malaysia 2002. m.s. 8 hingga 11 

Apakah fungsi Penasihat Akademik dalam urusan peperiksaan dan penilaian? 

Fungsi Penasihat Akademik dalam urusan peperiksaan dan penilaian adalah:

  1. membantu, membimbing dan menerangkan kepada pelajar mengenai sistem semester, sistem pendaftaran modul/pengguguran modul, sistem penangguhan semester dan sistem peperiksaan
  2. memantau dan meneliti pencapaian akademik pelajar.

Rujukan: Pegawai Kaunseling, Politeknik Kota Melaka

Berapakah bilangan kredit minimum dan maksimum yang boleh di ambil seseorang pelajar dalam sesuatu semester? 

  • Kredit minimum 12 dan maksimum 18

Rujukan: Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Bab 3 Klausa 5.11 m.s 21

 Apakah lulusan sijil setaraf dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia? 

  • Lulusan sijil bagi kursus-kursus yang disenaraikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam adalah setaraf dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.

Rujukan: Senarai Kelayakan Bidang Teknik Yang Diiktiraf oleh Kerajaan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia 2002. m.s. 8 hingga 11  

Bolehkah saya membuat rayuan pertimbangan semula keputusan apabila memperoleh keputusan gagal atau tidak  memuaskan? 

  1. Pelajar bukan semester akhir boleh membuat rayuan secara bertulis kepada jawatankuasa peperiksaan Politeknik dalam tempoh 14 hari daripada tarikh keputusan rasmi.
  2. Bagi pelajar semester akhir pula, rayuan secara bertulis boleh kepada Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma melalui jawatankuasa Peperiksaan Politeknik dalam tempoh 14 hari daripada tarikh keputusan rasmi.

Rujukan: Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Bab 4 Klausa 25 m.s 28  

Dengan siapakah saya berjumpa dalam urusan rayuan keputusan peperiksaan?

  • Pegawai Peperiksaan Politeknik.

Bilakah tarikh tutup rayuan keputusan dalam sesuatu semester?

  1. Tarikh tutup rayuan adalah 14 hari daripada tarikh keputusan rasmi diumumkan.

Bagaimanakah caranya untuk saya memperoleh transkrip keputusan peperiksaan?  

  • Melalui Unit Peperiksaan Politeknik masing-masing.  

Sekiranya saya kehilangan sijil asal, bolehkah saya memohon sijil gantian? 

  • Sijil Gantian boleh diperoleh dengan mengemukakan Laporan polis, salinan kad pengenalan, no pendaftaran dan kursus yang diikuti.

Rujukan: Unit Peperiksaan, Politeknik Johor Bharu  

Apakah fungsi Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik KPTM?  

  1. Fungsi Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik KPTM:
  2. menentukan dasar berhubungan dengan peperiksaan atau penilaian di politeknik
  3. mengesahkan keputusan peperiksaan
  4. menimbangkan dan membuat keputusan bagi rayuan yang dibuat oleh pelajar berhubung dengan keputusan peperiksaan
  5. menentukan penganugerahan sijil dan diploma politeknik

Rujukan: Akta Pendidikan 1996, Bahagian II, Klausa 5   

Sekiranya saya tidak boleh menghadiri sesuatu peperiksaan atau penilaian atas sebab sakit, apakah tindakan yang perlu saya lakukan?  

  • Pelajar yang tidak boleh hadir peperiksaan atau penilaian atas sebab sakit, perlu memaklumkan dengan seberapa segera kepada Pegawai Peperiksaan dan mengemukakan Surat Akuan Doktor.

Rujukan: Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Bab 2, Klausa 2.1 ms 16  

Apakah yang menyebabkan pelajar dihalang dari menduduki Peperiksaan Akhir?

Pelajar dihalang menduduki Peperiksaan Akhir apabila 

  1. tidak mendaftar pengajian dan modul berkenaan, 
  2. kehadirannya tidak mencukupi 80%

Rujukan: Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Bab 2 Klausa 1.1 m.s.15  

Bilakah tarikh keputusan Peperiksaan Akhir diumumkan?  

  • Keputusan Peperiksaan Akhir adalah seperti yang dinyatakan di dalam Takwim Aktiviti Peperiksaan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Keselarasan Peperiksaan Politeknik.

Rujukan : Jawatankuasa Keselarasan Peperiksaan Politeknik.  

Bagaimanakah keputusan Peperiksaan Akhir diumumkan?   

Keputusan peperiksaan akhir boleh diumumkan melalui cara-cara berikut: 

  1. Papan kenyataan di setiap jabatan
  2. Laman web : www.polijb.edu.my

 

Kemaskini ( Selasa, 11 Ogos 2009 11:10 )
 

Penafian : Politeknik Johor Bahru(PJB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang di alami kerana menggunakan maklumat dari laman web ini. © 2010 PJB/JPP/KPTM. Hubungi kami. Politeknik Johor Bahru, KM 10, Jln Kong Kong, 81700 Pasir Gudang, Johor Darul Takzim, MALAYSIA. Tel: +607-2612488 Fax: +607-2612402 Email: webmaster@polijb.edu.my.