NOTE: To use the advanced features of this site you need javascript turned on.

PENGURUSAN -> Perpustakaan -> Kemudahan
Kemudahan Perpustakaan PDF Print E-mail
Ditulis oleh Mohd Zulkarnain Hassan bin Mohd Zainudin   
Isnin, 13 Oktober 2008 15:18

[Pengenalan] [Carta Organisasi] [Perkhidmatan] [Kemudahan] [Koleksi Bahan] [Aktiviti Perpustakaan]


KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN

Ruang Pameran

Terletak di ruang legar Perpustakaan PJB. Terbuka kepada semua jabatan di Politeknik dan pihak luar yang ingin mengadakan pameran yang dapat menyebar dan memperkembangkan sumber ilmu.

Mesin Fotokopi

Mesin Fotokopi disediakan untuk digunakan oleh pengguna-pengguna perpustakaan. Tujuannya supaya pengguna-pengguna boleh membuat salinan buku-buku atau bahan-bahan lain yang tidak boleh dipinjam ataupun dibawa keluar daripada perpustakaan. Dua buah mesin fotokopi disediakan yang terdapat di Aras 1 dan Aras 2.

Penyimpanan Bagasi

Para pengguna boleh menggunakan kemudahan ini bagi menyimpanan barang-barang peribadi milik pengguna. Pengguna diingatkan supaya tidak menyimpan barang-barang berharga seperti komputer riba, wang ringgit, emas, telefon bimbit, dompet dan sebagainya di peti bagasi kerana sebarang kehilangan, pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab.

OPAC ( Online Public Access Catalogue )

Kemudahan ini membantu para pengguna mendapatkan bahan-bahan bacaan dan rujukan yang ada di perpustakaan dengan mudah, cepat dan tepat. Satu unit komputer yang diletakkan di aras bawah berhampiran mesin fotokopi telah dikhaskan untuk kemudahn ini.

Wi-Fi

Bagi membantu proses pembelajaran para pengguna untuk mengakses maklumat yang lebih luas, perpustakaan melalui inisiatif Unit Teknologi Maklumat Politeknik Johor Bahru telah membekalkan kemudahan wi-fi di perpustakaan.

Meja Karel

Meja karel yang disediakan di perpustakaan memberi pilihan kepada para pengguna yang memilih untuk mengulangkaji atau membuat tugasan secara individu.

 

 

Kemaskini ( Selasa, 04 Ogos 2009 15:49 )
 

Penafian : Politeknik Johor Bahru(PJB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang di alami kerana menggunakan maklumat dari laman web ini. © 2010 PJB/JPP/KPTM. Hubungi kami. Politeknik Johor Bahru, KM 10, Jln Kong Kong, 81700 Pasir Gudang, Johor Darul Takzim, MALAYSIA. Tel: +607-2612488 Fax: +607-2612402 Email: webmaster@polijb.edu.my.